" PN. K A R M I L A "

ONLINE DIARY

Hai Welcome Here


" Ustajah Yang Suka Makan "

We can chatting here






Hidup sebelum dan selepas -}
Wednesday, 28 June 2017 | 01:15 | 1Comment


Selamat berkunjung ke blog Mila. Alhamdulillah baru ada kerajinan dan ketenangan untuk membina karangan dalam laman bersawang ni. *sedang on plug vacuum untuk vacuum habuk dalam blog ni.

Alhamdulillah, harini dah 4bulan 25 hari Mila bergelar isteri kepada seseorang yang Mila tak pernah angankan langsung selama ini. Alhamdulillah. Sangat teruja nak tempuhi hidup ni bersama teman baru ini. Terima kasih mama ayah sebab izinkan akak untuk melangkah ke alam baru ini. Masih tak percaya dengan title ini tapi, i always try my best okehhh.

Ramai org teruja tnya pengalaman pertama kawen, serius. Hal kelambu pun orang syok tanya. Walhal banyak lagi benda yg bagi Mila, orang bujang bujang kat luar sana kena sibukkan. Bukan selidik kisah kelambu jer. Acer tanya persediaan ke perasaan ke kan? 


Mila sebenarnya ada kisah nak kongsi. Bukan kisah sebenarnya, lebih kepada merepek kot//

Daripada korang sibuk bincang benda yang tak pasti dengan boifren tu, ada patutnya korang start selidik ttg family dia, ttg latar belakang and cara hidup family dia. Sebab bila kau dah pilih dia jadi boifren maknanya korang declare nak kawen lah kutkan. So, kalau nak kawen korg kenalah check macamana cara hidup dia bla bla bla. Ade ke dia punya family tu jenis makan salad je 24 jam , ade ke dia punya family tu kalau raya selalu takk pakai sedondon- sbb siapa sedondon akan dipulaukan ke?

Seriusly, sebab bila kau kawen- 
Bukan kau nak TOGETHER dengan laki kau je wehh.
Kau kena TOGETHER dgn FAMILY dia jgak.

Kalau dah kawen, kau tak boleh merungut, menggelabah dah. 
Sbb tu cara dia, selagi tak langgar ajaran agama kita, selagi tu okay untuk dia berkelakuan cmtu.
Contoh: Suami kau jenis yang suka makan mamak. Setiap malam mesti spend dalam sejam lepak mamak lepas isyak. So, bila dah kawen baru kau discover. Pastu, kau nak marah gelabah, padahal tu habit dia.. lepas isyak terus lepak santai mamak. Mmg dia kena ubah tabiat dia, tapi kau sebagai isteri takleh nak gelabah gaduh ke apa, sebab kau mmg kena tahu habit dia. Habit ni bukan boleh ubah zupzapzup sayang sayang sekalian.

Lagi satu, keluarga kau ngn dia adalah 2 komuniti kecil yg berbeza.
Cara kau kemas rumah berbeza, cara kau yang biasa kau buat mungkin takleh pakai di rumah mertua.
Cara kau handle dapur dengan cara keluarga tu handle adalah berbeza. Kau takleh sesuka hati ubah peraturan dapur rumah mertua even kau ngan mertua sangat kamceng seperti aur dengan tebing, seperti isi dengan kuku. Kau kena bincang or sembang-sembang dlu dgn mertua..bru boleh atur langkah.
Contoh: Kau nampak mertua kau letak sudu dalam botol yang dipotong. Ala, botol mineral kerat dua- pastu dia buat jadi tempat letak sudu. Kau balik kampung mertua, kau rasa "hmmm nak beli bekas cantik sikit la kat kedai RM2." Kau pun beli dan ubah sistem mertua kau. Walaupun kau hanya belikan yg better, tapi kau kena slowtalk @ risik dlu sbenarnya motif dia guna cmtu. Maybe dia suka reuse brg, alaaa orang yg jenis naturalis, yang suka reuse reduce recycle. Maybe juga dia mmg seorang yg tak suka bazir sangat ni. Haa, jadi tindakan mulia kau nnti akan mengundang rasa kurang enak lah di hati mertua. Yelah, selama dia survive je dgn botol tu. Kau datang tukar mengejut cmtu, kau mcm tgah "ajar" dia. (Nampak cam over kan , tapi perempuan kan complecated,.. kita kena jangka pelbagai reaksi mertua keatas ssuatu tu. Elakkan untuk hidup style kita. Belajar bawa diri. Bila pergi tempat org jangan memandai sangat. Cuba adapt dalam style mereka).


Aku memula serius dgn suami, dan bila suami dah mula cakap nak kawen ngn aku tu, benda pertama aku tanya suami aku ialah, hmm cemana ye family awak ni? Pagi-pagi selalunya apa rutin depa? Malam tidur pukul berapa? Basuh baju berapa kali seminggu? 
Habis semua aku selidik.
Bukan apa, aku anak tunggal sebelum ni, 
Keluarga aku kecil. Jadi taksama dengan family yang ramai jugak macam suami aku ni.
Lagi-lagi bila tau adek beradik dia semua lelaki, lagi aku tertanya cmna mereka urus rumah?
Apa perangai adik abg dia? Kena tanya wehhhh. Nak ready juga serba sikit.


-tobecontinue-