" PN. K A R M I L A "

ONLINE DIARY

Hai Welcome Here


" Ustajah Yang Suka Makan "

We can chatting here






Hukum Muslimat Letak Gambar Di Laman Sosial .}
Tuesday 25 December 2012 | 09:17 | 13Comment




Bismillahirrahmanirrahim . Alhamdulillah , kita masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk menghirup udara yang nyaman dan dengan izinnya juga Mila dapat menaip sebuah lagi entri hasil perkongsian ilmu dari Blog Coretan Kasih  . Alhamdulillah penerangannya amat menarik dan mudah di fahami . Baiklah , sekarang mari kita pejelas hukum meletak gambar di dalam laman sosial Facebook dan sewaktu dengannya  .

Seperti yang kita ketahui , terdapat pelbagai jenis laman sosial dalam dunia siber sekarang . Namun yang paling rancak dan hangat sekarang adalah Facebook dan Twitter dimana hampir keseluruhan penduduk dunia mempunyai akaun dari kedua laman ini . Mila pun ada , takkan lah korang tak ada pulak kan ? Heh . Selalunya , didalam akaun inilah para muslimat akan meletakkan gambar mereka sebagai default photo , cover , background dan seumpamanya .

Soalnya , apakah hukum meletakkan gambar kita (muslimah ) didalam laman sosial ini ?
Baiklah . Mari kita renungkan firman Allah S.W.T di dalam Surah Annur Ayat 31 ini .




Pada asalnya , hukum meletakkan gambar didalam FB atau laman sewaktu dengannya adalah HARUS ! Namun begitu , kadangkala hukumnya akan berubah menjadi MAKHRUH dan kadangkala membawa kepada HARAM .
Sebelum beralih kearah penerangan yang lebih lanjut ayuh kita ingat semula , apa makna HARUS , MAKHRUH DAN HARAM sebenarnya .
HARUS : Buat = tidak berdosa , tidak buat tidak berdosa dan tidak juga mendapat pahala .
MAKHRUH : Buat =tidak berdosa , jika tinggalkan perbuatan itu mendapat pahala .
HARAM : Buat = berdosa .


HARUS meletakkan gambar dalam fb apabila semua kawan kenalan dalam fb seseorang muslimat itu terdiri daripada sejenis kaumnya SAHAJA, dan ahli keluarga(yang mahram baginya) bagi berkongsi sesuatu gambar events, gambar keluarga dan sepertinya. (mempunyai keperluan!) dengan penampilan yang cukup beradab seperti bersama-sama rakan yang lain dalam sesuatu program atau bersama suami .

Hukumnya boleh bertukar kepada MAKHRUH apabila tiada keperluan yang diperlukan untuk meletakkan gambar di dalam fb. Sekadar untuk berseronok, menunjukkan ketrampilan, tubuh badan, dan sepertinya WALAUPUN telah menutup segala AURAT. kerana dibimbangi kawan yang perempuan-perempuan yang ada berniat buruk untuk melakukkan sesuatu., iaini yang memudaratkan.

Dan akhirnya, hukumnya boleh bertukar kepada HARAM apabila meletakkan gambar yang tidak menutup aurat, dengan gambar posingnya…mengalahkan artis! dan dilihat oleh orang-orang yang bukan mahram baginya. dan apapun menutup aurat(lebih kurang), tetapi tetap menaikkan nafsu syahwat bagi laki-laki, maka hukumnya tetap HARAM.

Orang sering berkata , kalau nak berubah biarlah perlahan lahan . Dan biar ikhlas .
Namun sidang pembaca sekalian , jika nak berubah perlahan lahan itu tak mengapa , takut tak bergerak langsung itulah masalahnya . Masa tidak menunggu kita , kiamat pun kita taktahu bila . Kalau nak tunggu kita ikhlas mungkin 1,000 tahun lagi . Sebenarnya , kita yang didik diri kita . Ikhlas datang dari hati bukan datang dari kawasan lain sehingga kita perlu menunggu ia datang . Jika kita nak berubah , kita tak perlukan pelbagai alasan sebaliknya kita berusaha keras .


Islam bukanlah agama yang menyiksa tetapi islam agama yang memelihara . Sekian . Assalamualaikum . Moga Kita Menerima Hidayah Dan Redho Allah :)