Hai Welcome Here
" Ustajah Yang Suka Makan " We can chatting here
|
refresh
profile
Instagram
follow
Cinta Yang Sempurna :)}
Saturday 2 March 2013 | 16:54 | 2Comment
Wahh wahh , nampak tak Mila sedang menaip satu entry HOTS kononnya :)
Apa lagi kalau bukan tentang Cinta . Hehe , sebenarnya dah lama Mila tidak menaip di dalam blog kesayangan ini . Bukan faktor idea yang tak kunjung tiba , cuma masa tidak mengizinkan . Sebagai calon SPM 2013 , masa ini perlu dibahagi sepatutnya . Dan masa menaip digantikan dengan masa membuat homework . Banyaknya tak payah dipertikai . MasyaAllah banyakkk giler ! *pause kejap* Apakah yang Mila ingin perkatakan hari ini ? Yes of course tentang CINTA YANG SEMPURNA . Namun apakah yang dimaksudkan dengan CINTA YANG SEMPURNA ini ? Sebagai mana kalian para pembaca sedia maklum bahawa tiada apapun yang sempurna di dalam dunia ini . Even kita , makhluk paling terbaik di muka bumi ini pun ada lagi kelemahannya . Jadinya , masakan kita dapat menikmati CINTA YANG SEMPURNA ini ? Jawapannya : Sudah Pasti Boleh !
Haa , macam mana boleh jadi BOLEH pula jawapannya ?
Cinta kita akan menjadi begitu sempurna apabila kita hanya mendambakan cinta dan melabuhkan cinta kita hanya untuk Allah yang Esa :)
Ketahuilah , cinta Allah bukan sama nilainya dengan cinta manusia ...
Cinta ALLAH tak dapat kita tukar ganti...
Dan janganlah kamu terus kecewa apabila patah hati dengan manusia , sebaliknya :
Ketahuilah bahawa cinta Allah ini cinta yang sempurna :)
Dan Allah menyayangi setiap hambanya dengan sebenarbenar cinta . Romantiknya Cinta Allah !
Akhirulkalam , Assalamualaikum .
|