" PN. K A R M I L A "

ONLINE DIARY

Hai Welcome Here


" Ustajah Yang Suka Makan "

We can chatting here






Berusaha Pasti Berjaya :') InsyaAllah .}
Saturday 3 August 2013 | 10:36 | 0Comment



Terima kasih kerana telah berkunjung ke BLOG Mila yang sudah berhabuk dan bersawang kerana jarang dihuni :’)Saya terharu dengan kesudian awak itu . TERIMA KASIH !
Hari ini Mila ada lagi sedikit perkongsian untuk kita semua  :D
Mila nak cerita tentang usaha  , seterusnya berjaya . Tak faham lagi ? Baiklah mari Mila bawa kamu semua bersantai sambil berfikir di dunia imaginasi Mila ini …

Pernakah kamu semua menghadapi sebuah hari yang kamu rasa begitu malang  ?
Itu adalah suatu kebiasaan kerana hidup ini umpama RODA . Kadangkala di atas , dan kadangkala kita di bawah . Kita tak pernah tahu bila masanya kita akan tersungkur atau rebah dan lemah mencium bumi , oleh sebab itulah kita dinasihatkan agar seringkali merendah diri .

Selalunya , ketika kita berjaya .. Apakah ayat pertama yang keluar di mulut mungil kita ? Kalimah ALHAMDULILLAH , SUBHANALLAH , atau “Yeayyy !” Ketika inilah kita dapat mengesan diri kita ini adakah kita seorang hamba yang sentiasa bersyukur pada tuhannya atau sekadar insan yang lemah dan jarang sekali menghargai nikmat yang diperolehi ..

Sungguh ,  seorang hamba yang bertakwa dan bersyukur itu sebenarnya seringkali mengingati penciptanya .  Dan adakah kita masih dianggap hamba yang bersyukur kiranya kita jarang jarang sekali melafazkan dan menzahirkan rasa syukur itu sama ada melalui perbuatan , perkataan mahupun dalam hati ? Fikirkan sejenak .

Sebenarnya , menjadi seorang MUSLIMAH Itu mudah  ,namun nak menjadi seorang MUSLIMAH YANG SOLEHAH LAGI MUKMINAH itu yang susah . Samalah juga , MENUTUP AURAT itu mudah tapi MENETU[ AURAT DENGAN SEMPURNA itulah yang dirasakan susah ..
Namun , andainya seorang Muslimah itu mencuba mendidik hatinya supaya menurut cadangan Allah seperti yang termaktub di dalam Al Quran , sudah pasti dia berjaya MENUTUP AURATNYA DENGAN SEMPURNA .

Setiap usaha pasti akan menjanjikan kejayaan andai kena benar dengan caranya ..
Maka berusahalah agar terus berjaya di dunia dan di akhirat . Dan kiranya kita berjaya ,jangan lupa ucapkan kata syukur pada ALLAH YANG ESA . Dia menciptakan kita dan segala yang kita lalui di dunia ini . Wallahua'lam .