" PN. K A R M I L A "

ONLINE DIARY

Hai Welcome Here


" Ustajah Yang Suka Makan "

We can chatting here






Gangguan Syaitan Ketika Solat .}
Thursday 22 August 2013 | 21:32 | 0Comment



Bismillahirahmanirrahim . Hari ini Mila nak kongsikan sedikit info yang Mila jumpa ketika membaca sebuah Majalah Ilmiah yang ada di pasaran . Memandangkan topik yang Mila taipkan pun dah berbunyi " Gangguan Syaitan Ketika Solat " Jadi tentulah ini yang Mila nak kupaskan sekarang .

Buat saudara saudari pengunjung blog yang sering bertandang ke mari , Mila ingin memaklumkan terlebih dahulu bahawa Mila bukanlah seorang Ustazah yang serba faham tentang masalah agama . Bukan juga Guru yang begitu banyak ilmu di dadanya dan bukan juga Ahli politik yang bebas meluahkan pendapat dan buah fikiran yang bernas ..
Mila cuma seorang pelajar yang belajar dari apa yang dilalui , dilihat dan diajarkan padanya . Alhamdulillah . Dan terdapat sedikit khilaf dan silap di dalam entry Mila , janganlah segan untuk menegur kerana Mila tidak pernah segan menerima teguran . InsyaAllah :)

Baiklah , tanpa kita sedari sebenarnya Syaitan ini wujud di sekeliling kita . Malah ia mengalir menerusi salur salur darah kita . Dan andai jantung kita rancak berdegup "Rabb . Rabb . Rabb , Syaitan pula rancak berbisik dakyah dakyah jahatnya . Nauzubillah , moga kita jauh dari bisikannya . Amiin ..

Begitulah diri kita . Dan jika benar syaitan itu bermukim di dalam salur salur darah kita , bukankah tidak mustahil andai syaitan ada bersama kita tatkala kita solat . Tak Percaya ? Tak Mungkin ? Tipuu ? MasyaAllah , Saudara saudari .. Benar , ada ketika syaitan ada bersama kita tatkala kita menunaikan solat . Apa buktinya  ? Rujuk Majalah IMAN , Bil 19 , Halaman 40 hasil tulisan , Ade Irma Suryani Che' Leh .

Didalam hasil karangan beliau ini , Saudari Ade Irma Suryani ada menonjolkan bukti / cara bagaimana syaitan mengganggu kita ketika solat .

1) Ragu-ragu melakukan takbiratulihram .Perkara sebegini dinamakan penyakit WAS WAS yang dibawa oleh Syaitan La'natullah .
Sebagai seorang hamba daif yang mahukan kesempunaan di dalam ibadah , kita pasti akan terpedaya dengan bisikan syaitan yang mengungkapkan kata was was dalam diri kita .
 
2) Tidak memberi tumpuan kepada bacaan solat .Bahasa yang kita tuturkan di dalam solat merupakan Bahasa Arab yang bukan sama sekali bahasa ibunda kita . Kita pasti sukar untuk memahami bahasa arab lantas menjadikan ini sebagai salah satu senjata syaitan . Dan , jika kita merasakan bahawa kita terganggu olehnya maka ludahlah ke kiri 3 kali dan berlindunglah kepada Allah . (Rujuk Hadis Riwayat Muslim)

3) Lupa jumlah rakaat .4) Tergesa-gesa menghabiskan solat .
5) Mengantuk dan menguap .


#Jika Anda Mahu Membaca Artikel Penuh Sila Dapatkan Majalah IMAN Bil 19 Sekarang :)
#Maaf info agak sedikit . Saya rasa tidak sedap hati pula menyalin terus dari buku ke dalam blog :"( Maaf .
#Jumpa Lagi . ASSALAMUALAIKUM .