" PN. K A R M I L A "

ONLINE DIARY

Hai Welcome Here


" Ustajah Yang Suka Makan "

We can chatting here






Dengar sini wahai hatiku :')}
Wednesday 13 August 2014 | 01:24 | 0Comment





Encik Hati , engkau telah hidup bersamaku selama 18 tahun ini . Setiap degupanmu , debaranmu , luka dan gurisan padamu telah lama aku mengerti . 
Encik Hati , kenapakah dirimu mudah melawan kata kataku ?
Encik Hati , apakah kau terlupa betapa sakitnya apabila dirimu tercalar ?
Apakah kau lupa betapa banyaknya permata yang mengalir daripada mata kerana sakit yang engkau rasakan ?


Encik Hati . Berhenti . Berhenti memasang angan angan . Berhentilah menyulam awan .
Berhentilah mengait bintang . Teruskan tugasmu yang biasa . Sebagai hamba pada yang esa . Lupakan perkara itu . Perkara yang hanya menambah dosa .
http://media.tumblr.com/tumblr_lll7ky1dGb1qbd2dy.gif


Encik Hati , Bukankah awak dah berjanji untuk menjadi tabah ? Bukankah awak berjanji untuk menjadi kebal . Yaaa . Tolonglah . Tolonglah . Tolonglah kuatkan dirimu wahai hati . 
Kerana aku takmahu tangan ini menyeka air mata yang hadir kerana dirimu yang terluka . 
Kerana aku takmahu wajah ini mula memadamkan senyuman kerana dirimu yang cemburu . 
Kerana aku takmahu mulut ini mengeluarkan kata kata yang tidak patut kerana dirimu tercabar .
Encik Hati . Di Kau adalah milik Allah . Hatinya juga milik Allah .
Usah risau .
Jika benar dia yang terbaik .
Allah menghantar dia kepadamu tanpa perlu kau terluka dan menggadaikan air mata .
Encik Hati , 
Berhentilah . Dan kembalilah . Kuat seperti selalu . Ingatlah 
Allah ! Allah ! Allah !

Istighfar dan Selawatlah selalu . 
Semoga kau tenang seperti dahulu . Hatiku :"(


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYozq7-dX7RDHKkCiSQTEyNyJ9CPLIqy0Jmewy1_Z9g5ka2P2oIl5ri_YjkAeGwVUxZ6d1SbQV6NeJJvU6KBYRrPhQVyKRbRqAYdj9_b4jIe3PvwgYJ74Uuoiv-Pdc7EDzh32qJkyP32M/s400/tumblr_ldhpv4Qmny1qcrza7o1_500.jpg