" PN. K A R M I L A "

ONLINE DIARY

Hai Welcome Here


" Ustajah Yang Suka Makan "

We can chatting here






PERASAAN AKU YANG MUNGKIN KAU , KITA , MEREKA DAN DIA TURUT MERASAKANNYA .}
Saturday 16 August 2014 | 19:33 | 0Comment


Harini . 
Menulis lagi . Entah kenapa , ringan aje tangan ni nak menaip . 
Mungkin ada sesuatu yang hati ini nak kongsikan tetapi terlalu berat untuk dilafazkan dengan
lisan dan terlalu payah juga untuk dizahirkan dalam perbuatan . Kenapa ya ?





Sesungguhnya Dialah Allah yang Maha Mengetahui . 
Pertamanya , hati ni rasa bersalah juga . Ya . Bersalah .
Terasa seperti berdosa . 
Namun , 
Hati ini juga degil . 
Melawan .
Keras . 

Huh *mengeluh
Entah kenapa . Perasaan itu terlalu sukar ditafsir .
Terlalu rumit untuk dikawal . 
Terlalu menyakitkan . 
Entah Kenapa . 
Dia -
Dia - juga yang aku perlukan ,
yang aku harapkan 
yang aku nak layan ?!

Ini semua gila . 
Ya.
Aku tak percaya . Sehingga mata ini dengan beraninya menangis kerana Dia -
 Percayalah .
Bila dia tiada , 
Aku tunggu .
Bila dia ada , 
Tetapi bersama orang lain :
Aku geram , kecewa , sedih -
Kenapa ?

Sekarang .
Aku belajar untuk kuat.
Belajar untuk sendiri .
Belajar untuk 
LUPAKAN .
Ya . 
Lupakan .
 
Tapi bagaimana ?
Aku selalu tertanya .
Jika dia menyepi ,
Apa yang dia lakukan .
Jika dia bersama orang lain ,
Apa yang dia bualkan .
Semua tentang dia  ,
Merisaukan .
Mengkhuatirkan .
Menyesakkan .

Aku cuma tidak mahu . 
Dia melayan orang lain sama seperti dia melayan aku .
Dia tersenyum kepada orang lain sama seperti senyumannya pada aku .
Dia ketawa dengan orang lain , 
Sama seperti ketawanya ketika berbual dengan aku .
Aku 
Pura pura ketawa ,
Pura pura tabah .
Pura pura biasa .
Bila dia bertanya tentang ORANG LAIN !
Tapi sebenarnya aku Sakit .
Aku Sedih . 
Aku geram .
Aku kecewa .
Tetapi pada siapa ?
Dia tak tahu .
Aku juga tahu yang dia takkan cuba tahu .
 Perasaaan sebenar aku seperti itu .


Hmm . 
Sudahlah ,
Sudah sudahlah . 
Biar biarkanlah .
Lupa lupakanlah .
Terus teruskanlah .
Tabah tabahkanlah .

Sampai bila ?
Allah sahaja mengetahui .

Ya .
 
Dia mungkin baca tulisanku .
Mungkin juga tidak baca coretanku .
Mungkin juga baca tapi tak dapat merasakannya .
Mungkin juga dia baca ,
Namun berasa ini bukan untuknya .
Dan 
Mungkin juga ,
Dia hanya baca separuh . 
Kerana baginya ini hanya coretan bodoh . 

Benar .
Ini nampak bodoh .
Dan ,
Tak mustahil .
Suatu masa nanti ,
Awak , dia , mereka atau sesiapa sahaja ,
Turut berkongsi rasa yang sama .
Rasa ?
Rasa bodoh kerana tak mampu menahan perasaan sendiri .
Rasa bodoh kerana hanya bersendiri menempuh semua ini .
Rasa bodoh kerana menangis kerana dia yang tak pernah peduli .
Perasaan itu . 
Ini untuk dia , mungkin .