" PN. K A R M I L A "

ONLINE DIARY

Hai Welcome Here


" Ustajah Yang Suka Makan "

We can chatting here






Selesai sudah minggu exam . Horreyy :))}
Saturday 21 May 2016 | 12:19 | 0Comment


Alhamdulillah . Lega betul rasa hati sebab dah selesai enam papers berhantu untuk semester kali ini .
Alhamdulillah tepat jam 3:30 ptg pada tanggal 16 May 2016 , kelasku P2B-PA telahpun tamat peperiksaan dengan jayanya . Alhamdulillahh . Syukur sangat . 
Hmm berkaitan jawapan exam tu , senang atau susah ..
Berjaya jawab betul ke salah , hmmmm aku serahkan sepenuhnya pada Yang Maha Kuasa .
Takde kuasa aku nak termenung fikirkan perkara yang lepas . 
Baik fikir nak makan apa untuk harini . Bukankah itulah soalan paling COMPLICATED !


MasyaAllah , Lupa nak beritahu bahawa kelas kami , hemm dalam 10 orang mcamtu telah terpilih ehem terpaksa untuk menyertai koir . Masya Allah . Bayangkan betapa MOOOODYnya bila tahu ,
Tapi takpe , tabahkan hati ..Demi institusi pendidikanku yang terchenta <3


Alkisahnya , kelasku ada buat lawatan ke Alor Star pada 17 May . Dan bertembung pula dengan latihan koir . Maka setelah keributan berlaku , maka ..
KAMI DIBUANG DARI KOIR .
MasyaAllah , hebatnya aturan Allah buat gadis gadis kelasku . 
Boleh jadi doaku dikabulkan oleh Allah kerana kucing blok B geram mendengar suaraku yang sumbang lantas si kucing itu meng-aminkan doaku . Mungkin . Hikhik  .
Apapun bersyukur pada Allah SWT .. Setiap aturannya pasti pasti pasti ada hikmah yang tersembunyi . Terimakasih Ya Allah ,

Cumanya , hati ni takdapat lari daripada rasa bersalah dan kasihan dengan pensyarah lain . Hmm , adakah kami telah melukakan hati mereka ? 
Tapi pada pandangan Mila , adalah lebih baik mereka buang Mila daripada KOIR sebab jika takbuang Mila akan lebih menyakitkankan telinga mereka dengan pitching yang lari berterabur ibarat dikejar beruang kutub yang kelaparan . 
Haha . Sedihnya menjadi kembar cik katak n___n

Alhamdulillah , sekarang dah 21 May dan berada di rumah Umi , mentor kelas Mila . Hhaha . Banyak senang hati dengan kerja membuat buku . Sebab memang minat ICT serba sedikit dan buat kerja dapat hilangkan rindu pada keluarga dan si buah hati . HAHAAHAHA .
Psst . Sekarang curi tulang sikit dengan update cerita guna laptop Umi . Hihik . Bukan curi tulang , tapi kerja dah siaplah .. Yeayyyy !

WALAUPUN SEBELUM TIDO NANGES PELUK SKEDUSHH tapi takpalah , masih mampu bangunn pagi dengan senyuman dan makan sarapan yang disediakan oleh umi dengan rasa BAHAGIA . 

Alhamdulillah , walaupun jauh daripada insan kesayangan , namun Allah utus insan lain yang boleh tolong tengok-tengokkan diri ini . 
Oh lupa nak habaq , sebab kawan kawan sekelas semua dah balik berhoreyyyy horeyyyy dengan keluarga masing-masing , maka ;
Mila ajak Liza untuk teman . Dan kami pun seronok . 
Okay tak cerita ni ? 

Banyak lagi cerita nak update . Tapi jap nak kena print kerja dulu . Assalamualaikum semua .